Newest Post
// Posted by :Unknown
// On :Sunday, 13 December 2015
Rimas dengan lilitan selendang di kepala ataupun bosan dengan pemakaian tudung bawal yang sama sahaja? Tercari-cari gaya alternatif lain yang tidak merimaskan dan mudah di gayakan? Jika ya, anda tiba di halaman yang tepat. Tidak kira sama ada anda seorang pemakai tegar selendang mahupun tudung bawal, gaya hijab kali ini sesuai untuk digayakan oleh semua wanita bertudung, tanpa mengira usia. Jika kita lihat pada model yang menggayakannya, ia bukan sahaja kelihatan menyelesakan dan cantik, malah menyerlahkan keanggunan dan kelihatan sungguh bergaya.
Antara yang diperlukan :
- Tudung/ hijab (tidak kira selendang atau tudung bawal)
- Inner neck
- Pin kerongsang
Langkah-langkah :
- Pakai inner neck dengan kemas. Ambil selendang ataupun tudung bawal yang ingin digayakan. Lipat dua terlebih dahulu sebelum diletakkan di atas kepala. Letakkan dengan kemas dan pastikan tudung di bahagian muka terbentuk mengikut kehendak anda. Bahagikan panjang hijab sama rata untuk sebelah kiri dan kanan.
- Ambil kedua-dua hujung tudung anda seperti yang ditunjukkan oleh model.
- Kedua-dua hujung tudung tadi bawa ke bahagian belakang tengkuk anda. Pada langkah ini, pin kerongsang boleh digunakan untuk pin kedua-dua hujung tudung tadi. Namun, anda juga boleh hanya mengikat kedua-dua hujung tudung itu. Tudung anda akan kelihatan seperti di dalam gambar.
- Setelah itu, ambil pula hujung tudung yang terdapat di bahagian hadapan. Bawa kedua-duanya ke bahu yang bertentangan. Sematkan pin kerongsang di kedua-duanya agar ia tidak mudah jatuh dan terletak cantik.
- Tadaaaa! Inilah hasil akhirnya. Bagaimana? Kelihatan stailo dan cantik bukan? Selamat mencuba. (Model sebenarnya menambah penggunaan selendang leher yang berwarna hijau untuk sentuhan yang lebih cantik dan menutup aurat. Anda juga boleh mempraktikkannya
- Selamat mencuba ^_^