Newest Post

// Posted by :Unknown // On :Sunday, 13 December 2015

Di Malaysia yang bercuaca panas sepanjang tahun, gaun maxi adalah pakaian kegemaran saya. Tidak dapat dinafikan yang saya menyukai pakaian yang mempunyai banyak lapisan. Saya mengenakan pakaian yang banyak lapisan pada musim luruh, musim sejuk dan juga musim bunga. Akan tetapi, untuk memakai pakaian jenis itu pada musim panas adalah sangat tidak sesuai kerana kadar kelembapan udara yang tinggi pada musim panas membuatkan tubuh saya melekit. Ia adalah satu situasi yang sangat tidak selesa.
Seperti skirt maxi, gaun-gaun maxi adalah sejenis pakaian asas gadis Muslim kerana ia kelihatan sangat sederhana dan bergaya. Terdapat pelbagai cara untuk anda menggayakan gaun maxi, dan pakaian ini adalah sangat sesuai untuk digayakan pada waktu siang atau malam hari.
Kebanyakan gaun maxi yang dijual di butik-butik ternama adalah gaun maxi yang tidak bertali atau pun mempunyai lengan baju yang pendek. Hal ini menyukarkan gadis-gadis muslimah untuk menjadikannya satu pakaian yang sederhana, tetapi ia tidak mustahil!
Berikut ialah beberapa cara penggayaan gaun maxi yang menjadi kegemaran saya.
1. BLAZER
Salah satu cara kegemaran saya dalam menggayakan gaun maxi adalah dengan memakai blazer! Blazer nampak sangat bergaya apabila dipadankan dengan gaun maxi yang tidak bercorak mahupun yang bercorak. Ia juga boleh membuat penampilan anda tampak lebih bergaya ataupun lebih sederhana.
Sebagai contoh, anda boleh memadankan gaun maxi yang bercorak petak atau mempunyai banyak corak dengan blazer pendek untuk dipakai ke majlis pada malam hari. Kenakan sedikit aksesori yang berkilau dan bawa sebuah clutch yang cantik, anda akan nampak sangat anggun!
Untuk gaya yang lebih sederhana, padankan blazer dengan gaun maxi bercorak atau berbunga. Tambahkan sedikit aksesori yang besar, tali pinggang dan beg yang longgar untuk gaya yang sederhana dan ringkas.

2. DENIM ATAU JAKET YANG LAIN
Saya sukakan idea memadankan jaket denim dengan gaun yang lebih meriah untuk menghasilkan gaya yang lebih menarik. Anda juga boleh memadankan jaket denim pendek dengan gaun maxi bercorak kerana ia sangat sesuai untuk aktiviti luar seperti piknik dan bersiar-siar. Saya juga menyukai jaket yang grungy dan sederhana, kerana ia akan menyerlahkan lagi gaun chiffon yang lembut dan cantik. Kedua-dua gaya ini adalah berlainan, tetapi anda boleh memadankan jaket kasual dengan gaun maxi yang tidak bercorak untuk penampilan yang lebih sederhana.

 3. GAUN MAXI YANG BERLENGAN PANJANG
Jika anda bernasib baik, anda tidak perlu bersusah payah untuk melakukan langkah-langkah di atas kerana anda mungkin terus menjumpai gaun maxi yang berlengan panjang. Gaun maxi jenis ini adalah sedikit sukar untuk dijumpai di butik-butik biasa, tetapi ia boleh didapatkan daripada laman-laman fesyen online. Jika anda terjumpa gaun jenis ini, terus beli gaun itu! Ia adalah pakaian sederhana yang sangat sempurna kerana ia tidak memerlukan lapisan lain. Tambahkan tali pinggang, rantai leher, dan beg yang comel. Anda akan tampak sangat anggun.

 4. KARDIGAN
Memakai kardigan adalah satu lagi cara yang anggun untuk menutup bahagian lengan anda apabila memakai gaun maxi. Ia adalah sesuai untuk dipakai pada hari-hari yang bercuaca redup atau pun apabila cuaca menjadi semakin sejuk. Kardigan akan mengekalkan kehangatan tubuh badan anda, dan ia juga membuatkan penampilan anda menjadi lebih cantik. Ia boleh dipadankan dengan tali pinggang. Padanan ini adalah sangat sesuai kerana ia menghasilkan penampilan yang kemas dan ringkas. Kardigan juga boleh dipakai untuk menutup tubuh anda, pada bila-bila masa yang anda suka.

 5. T-SHIRT BERLENGAN PANJANG
Salah satu cara yang mudah untuk menggayakan gaun yang mempunyai tali bahu ialah dengan memakai t-shirt berlengan panjang pada bahagian dalam gaun maxi tersebut. Gabungan pakaian ini adalah sangat mudah dan sesuai untuk dipakai apabila anda keluar untuk membeli-belah atau membuat tugasan di luar.
Gaya ini adalah gaya yang mudah dan ringkas, anda hanya memerlukan masa sebanyak 5 minit untuk menggayakannya. Gaya ini adalah yang paling sesuai untuk hari yang sangat panas. Ia adalah sangat ringkas, dan pada masa yang sama, ia juga tampak anggun!
Dan semua ini adalah tips saya dalam menggayakan pakaian asas gadis Muslim, iaitu gaun maxi! Terdapat pelbagai cara untuk anda menggayakan pakaian yang sederhana dan comel ini. Jadi, cubalah gaya-gaya ini! Diharapkan agar tips yang telah dikongsikan ini bermanfaat untuk anda. Senyum selalu, wahai gadis-gadis yang anggun!
Stay Pretty Always ^_^

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

// Copyright © NUR ASHIKIN //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //