Newest Post

// Posted by :Unknown // On :Sunday, 13 December 2015

Keadaan cuaca di Malaysia: paras vitamin D kian meningkat, aiskrim adalah murah dan mudah didapati di mana-mana. Seseorang yang pernah memakai capal di bandar yang besar pasti boleh memberitahu anda yang cuaca di Malaysia membawa kepada masalah fesyen. Apa yang paling tidak disukai? Fabrik pakaian yang mudah melekat pada kulit yang berpeluh dan melekit.
Secara jujurnya, kita akan rasa tak selesa apabila memakai jeans ketat pada hari yang lembap dan panas. Akan tetapi, skirt dan blaus bukanlah juga jalan penyelesaiannya – kerana apabila kita memakainya pada hari yang cuacanya lembap dan panas, tubuh kita seakan-akan melekat pada tempat duduk keretapi.
Seluar palazzo adalah amat menakjubkan kerana ia sangat selesa. Dengan gaya yang betul, seluar palazzo sesuai dipakai pada cuaca sejuk. Akan tetapi seluar palazzo ini sangat sesuai untuk cuaca yang lebih panas kerana jenis fabriknya yang ringan. Bukan itu sahaja, seluar palazzo juga adalah sejenis pakaian yang serba guna.
Seluar yang selesa dan ringan ini juga sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Bereksperimenlah dengan pelbagai warna dan pilihlah suatu warna menonjolkan gaya anda. Berikut adalah beberapa cadangan kami dalam menggayakan seluar palazzo!
1.Mahukan sesuatu yang luar biasa? Kenakan rantai di leher dan cerut sedikit palazzo di bahagian pinggang anda dengan memakai tali pinggang yang anggun.

2. Tampil berani dengan seluar palazzo berwarna terang.

3. Tambahkan blazer dan kasut tumit tinggi atau wedges untuk penampilan yang lebih profesional.


4. Atau hanya merapikan baju berbutang ke dalam seluar palazzo untuk penampilan yang lebih santai.

5. Kenakan baju dan seluar palazzo yang sama warnanya. Anda akan kelihatan seperti memakai jumpsuit. Sangat bergaya!

Stay Pretty Always ^_^





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

// Copyright © NUR ASHIKIN //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //