Newest Post
// Posted by :Unknown
// On :Sunday, 13 December 2015
Saiz selendang yang panjang memudahkannya untuk digayakan dengan pelbagai fesyen yang menarik. Oleh itu, tidak hairanlah apabila selendang menjadi pilihan utama para fesyenista untuk tampil bergaya dan menarik. Selain daripada itu, langkah yang mudah dan cepat dalam menggayakannya juga turut menjadi salah satu faktor tarikan utamanya. Pemakaian selendang yang fleksibel dan versatil pasti menjadi pilihan ideal untuk wanita berkerjaya ataupun yang mempunyai masa singkat untuk bersiap.
Antara perkara yang diperlukan:
- Selendang (kosong atau bercorak)
- Inner neck
- Jarum peniti
Langkah-langkah :
1. Pada gaya ini, bahagian sisi selendang yang pendek digunakan.
2. Bawa kedua-dua bahagian hujung selendang tadi ke bahagian belakang tengkuk anda. Rujuk gambar.
3. Ikatkan di bahagian belakang tengkuk anda dengan kemas. Untuk memastikan ikatan tidak mudah tertanggal, ikat sebanyak dua kali seperti di dalam gambar. Namun, pastikan tidak terlalu ketat agar anda berasa selesa.
4. Selepas tiga langkah tadi, selendang anda harus kelihatan seperti di dalam gambar.
5. Seterusnya, ambil bahagian selendang sebelah kanan yang panjang tadi dan bawakan ke bahagian atas kepala anda seperti di dalam gambar.
6. Bawa bahagian tudung tadi sehingga ke bahu kiri anda, pada gaya ini anda tidak perlu melilit selendang dengan ketat. Hanya cukup untuk menutup bahagian kepala seperti di dalam gambar. Kemas-kemaskan bahagian alunan selendang mengikut cita rasa anda.
7. Setelah puas hati dengan bahagian hadapan selendang tadi, sematkan jarum peniti dengan kemas di kedua bahagian sisi kanan dan kiri selendang mengikut aras telinga anda.
8. Lakukan seperti di dalam gambar. Jangan tinggalkan langkah ini supaya selendang anda kelihatan kemas dan cantik terletak di atas kepala.
9. Ambil lebihan selendang di sebelah kiri anda dan perbetulkannya untuk langkah seterusnya.
10. Selitkan bahagian lebihan selendang tadi ke bahagian sebelah kanan selendang yang terbuka untuk menghasilkan kesan seperti selendang yang diikat.
11. Inilah hasil gaya selendang yang mudah ini. Menarik dan unik bukan? Cubalah sendiri.
12. Selamat mencuba ^_^